Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Unsur unsur Reka AntaraMuka Pengguna - User Interface Elements

Imej
Sebuah rekabentuk antaramuka pengguna mengandungi pelbagai jenis unsur yang diatur mengikut keperluan tertentu, Unsur unusr tersebut di bahagikan kepada kategori kategori seperti yang berikut Warna, Teks dan Jenis Teks Pilihan warna didalam UI biasanya berkait dengan identiti syarikat dan logo. Kawalan Input kotak semak, butang radio, senarai jatuhturun@dropdown, kotak senarai, butang, suis tukar@toggle, medan teks, medan tarikh Komponen Navigasi Senarai tajuk muka surat, senarai nombor muka surat@pagination, medan carian, gelangsar@slider, tanda nama, ikon Komponen Maklumat SenaraiPantas@tooltips adalah menjadi petunjuk / info sesuatu unsur, ikon, pembaris kemajuan@progress bar, pemberitahuan@notifikasi, kotak mesej dan tetingkap modal@pop up modal window Bekas Kandungan @ Container a. Bekas Kandungan @ Container adalah ruang yang boleh menyimpan segala jenis kandungan. b. Tajuk yang menunjukkan isi kandungan Sesuatu bekas boleh mempunyai tajuk tetapi ia adalah pilihan c. Keterangan ...

Pemikiran Rekabentuk - 5 peringkat

Imej
  Pemikiran rekabentuk atau design thinking mempunyai 5 peringkat proses. 1. Memahami masalah pengguna 2. Takrif masalah dengan ayat  - Masalah: Kita ingin meningkatkan sale 15% dikalangan warga emas. Ayatnya, kita perlu menggalakkan warga emas memakai produk ini. 3. Memerah Idea - bagaimana kita hendak menarik warga emas memakai produk ini? 4. Bina Prototaip 5. Uji Prototaip Dari Proses Uji Prototaip, kita dapat mentakrifkan semula masalah ataupun mendapat idea yang baru. Peringkat Prototaip pula boleh pergi semula ke peringkat idea jika ada idea yang baru. Terdapat pelbagai aktiviti dalam setiap fasa kita boleh buat, contohnya boleh kita lihat pada Google Design Sprint methodology. https://designsprintkit.withgoogle.com/methodology/overview

Ujian penyelidikan pengguna dalam proses lean UX

Proses pengurusan UX Condong atau lean UX menumpukan kepada perubahan yang sentiasa berlaku bermula pada peringkat awal pembangunan produk UX. Ujian untuk mendapatkan maklumbalas pengguna ini perlu dilakukan cepat dan selalu supaya perubahan dapat dilakukan diperingkat awal walaupun produk dalam keadaan belum siap. Apakah jenis Ujian yang boleh dilakukan dengan cepat dan kerap? Ujian Gerilla - Keluar dari bangunan pejabat dan pergi mendapatkan maklumbalas. Caranya ialah kita lakukan di tempat menunggu keretapi ataupun di cafe dimana ramai orang membuang masa. Kita perlu menyediakan saguhati dalam bentuk yang murah seperti belanja minum ataupun baucer. Ataupun jika kita mebangunkan sebuah laman web untuk satu jenama yang mempunyai lot perniagaan itu adalah lebih senang dimana kita boleh membuat ujian lapangan di premis perniagaan mereka dimana pelanggan keluar masuk dengan saguhati baucer wang. Jika ada syarikat agensi membuat laman web dan applikasi tidak mahu memberikan saguhati, ini ...

UX Condong atau Lean UX suatu pengenalan

Imej
Apakah lean UX? lean UX atau UX Condong adalah suatu bentuk proses pengurusan pembangunan projek UX. Ia adalah proses yang sesuai untuk sebuah agensi pembangunan website atau applikasi bila terdapat banyak projek jadi proses yang memakan masa akan dibuang ke tepi seperti ujian kebolehpenggunaan produk. Tetapi jangan terus buang ujian kebolehpenggunaan, proses sebegini sesuai untuk syarikat besar yang mempunyai pasukan membuat laman sendiri seperti Celcom atau DIGI UX Condong mementingkan pendapat dan kerjasama semua ahli pasukan, tiada pendapat yang betul betul berjaya tetapi semua pendapat dikumpul, dibuat teori hipotesis dan kemudian diuji. Proses memahami masalah dengan mendalam dan memerah idea adalah proses yang berulang dalam UX Condong. Apakah 3 Proses utama didalam UX Condong? Contoh dalam Bina >  Belajar > Ukur ialah seorang penjual mee hanya memasak dari rumah dengan resipi istimewa tanpa restoran dan peralatan(bina). Apabila dia mula menjual dengan banyak (ukur) da...

Model Mental @ Mental Model

Imej
Model Mental di dalam UX adalah bagaimana seorang pengguna berfikir atau percaya sistem itu akan berfungsi atas pengalamannya sendiri. Contohnya dalam laman web. Seorang pengguna didalam pemikirannya pasti akan mengetahui bahawa logo selalunya diatas disebelah kiri dan kotak carian disebelah kanan. Menu disebelah atas atau kiri. Link menggunakan warna lain, butang mesti dalam petak bewarna dan sebagainya. Jika kita mengetahui pemikiran pengguna atas pengalaman mereka melayari laman web dan kita membangunkan laman web seperti yang mereka ketahui, maka kita akan berjaya membuat rekabentuk laman web yang masuk akal kepada pengguna.  Salah satu contoh satu kegagalan memahami mental model pengguna perisian sebuah forum.Para pengguna telah biasa dengan senarai forum forum sebagai laman utama tiba tiba diperkenalkan dengan hanya senarai balasan topik terkini dalam forum. Jadi pengguna forum mempertikaikan perubahan itu dan kemudiannya perisian tersebut terpaksa menggunakan semula senarai ...

Format laporan ujian kebolehpenggunaan

Imej
 Apa yang anda ingin tulis didalam laporan setelah ujian dibuat? Format yang pertama yang boleh diikuti adalah seperti berikut. A. Muka Depan B. Isi Kandungan ------------------- 1. Ringkasan Eksekutif - Pengenalan Ujian. Boleh masukkan recomendation secara ringkas 2. Pengenalan -Masukkan Objektif - Apa yang ingin dicapai/diuji 3. Kaedah/Metodologi @ Methodology 4. Penemuan/Keputusan dan Cadangan - Bahagian yang paling penting dan besar 5. Kesimpulan 6. Lampiran - Soalan-soalan yang ditanya pada peserta. Termasuk dalamnya adalah Keputusan Skala Ujian Kebolehpenggunaan atau SUS (System Usability Scale) keputusan ujian dalam bentuk graf 7. Rujukan Tidak semestinya kita ikut format diatas, tetapi kita boleh ikut format lain seperti dibawah tetapi isi utamanya yang mesti ada dalam sesuatu laporan ialah Kaedah, Keputusan dan Cadangan. Format ke 2 Muka Depan Agenda _ Senarai Kandungan Team Objektif Kaedah Senarai Skrin Prototaip yang diuji Keputusan Cadangan Bukti yang menyokong - ...

Pra Ujian kebolehpenggunaan atau Usability Pre-Test

Pra Ujian Kebolehpenggunaan boleh berlansung sekerap mungkin dengan menggunakan rakan sekerja untuk menjadi peserta ujian. Ia juga dinamakan "dry run" session atau sesi latihan. Pra ujian juga disarankan diadakan dalam persekitaran ujian yang sebenar contohnya didalam bilik dengan peralatan rakaman dan tugasan senario. Faedah Pra Ujian Kebolehpenggunnaan - Usability Pre-Test 1. Mengelakkan masalah awal prototaip interaktif mungkin ada kesilapan@error dan pautan yang bermasalah 2. Mengelakkan masalah ejaan dan typo sebelum ujian sebenar Perhatian: Namun begitu adalah sangat penting Ujian Kebolehpenggunaan sebenar tidak dilakukan dengan  rakan sekerja/pekerja pejabat sendiri kerana ingin mengelakkan penilaian yang berat sebelah dan tidak original.

Proses Ujian Kebolehpenggunaan

Imej
Apakah proses yang perlu kita lakukan dari awal hingga akhir dalam melaksanakan ujian kebolehpenggunaan@usability testing sesuatu produk? Ujian kebolehpenggunaan lebih baik dilakukan semasa fasa prototaip interaktif. Secara umumnya prosesnya terangkum dalam 3 fasa  seperti berikut.  Fasa Awal (sebelum ujian) >  Fasa Ujian > Fasa Akhir ( selepas ujian) Fasa Awal 1. Kita kena ada produk untuk diuji dalam bentuk prototaip, objektif yang ingin dicapai dan sasaran pengguna 2. Kita kena merangka pelan untuk ujian dilakukan dengan budget, masa dan tugasan Fasa Ujian 3. Kita kena ada tugasan dan soalan ujian 4. Kita kena ada metrik/ sukatan  ujian 5. Kita kena ada peserta ujian dan moderator ujian Fasa Akhir 6. Analisa dan Laporan 7. Bincang dan aplikasi baik pulih Kalau ingin kita ringkaskan lagi proses untuk menjalankan ujian kebolehpenggunaan atau usability testing yang efektif kita kena ada 3 perkara ini. 1. Pelan ujian - bagaimana hendak menguruskan ujian 2. Pes...

Apakah Ujian A/B @ A/b testing?

Imej
Ujian A/B adalah satu ujian rekabentuk muka atau teks yang terbaik antara dua pilihan yang ada.  Contohnya apa yang hendak kita tulis diatas butang klik "Panggil untuk Tindakan" @ Call to action @ CTA button. Contoh ujian A/B untuk butang CTA@ Panggil untuk tindakan. 1) Hantar Sekarang! 2) Sertai Kami Sekarang! Boleh jadi juga selepas teks dipilih kita pilih pula warna butang dan jenisnya melalui A/B Testing Contoh: Kesimpulannya ujian A/B yang dilakukan kita dapat mengenalpasti apa yang menjadi pilihan atau tarikan peserta ujian yang menjadi cermin bagi sasaran pengguna sebenar bukannya syok sendiri. A/B testing boleh diimplementasi pada halaman ketibaan@landing page, perbandingan harga servis bertingkat termasuklah design sepanduk kepala @header banner

Menyaring peserta ujian untuk mendapatkan sasaran pengguna

Imej
Bila ada keperluan untuk mendapatkan sasaran pengguna website atau produk kita, kita perlukan peserta ujian yang menepati kriteria sasaran pengguna. Peserta yang menepati sasaran pengguna sangat penting untuk mendapatkan hasil ujian yang tepat. Contoh kriteria bergantung kepada produk yang ingin kita jual : 1) Seorang yang banyak menghabiskan masa di internet - kita tidak mahu peserta ujian yang hanya buka internet 1 jam. 2) Seorang dewasa yang bekerja - kita tidak mahu orang yang tidak mempunyai duit 3) Seorang yang biasa shopping di internet - kita tidak mahu orang yang tiada pengalaman membeli di internet Jadi Soalan tapisan peserta ujian kebolehpenggunaan berdasarkan kriteria diatas  adalah seperti berikut 1) Berapa Jam anda melayari internet dalam sehari    a) 2 - 5jam {teruskan soalan seterusnya}    b) kurang dari 1 jam {terima kasih dan tamatkan sesi} 2. Adakah anda mempunyai pekerjaan?    a) Ya  {teruskan soalan seterusnya}    b)...

Merangka Pelan Ujian Kebolehpenggunaan @ Usability Testing

Langkah pertama ialah membangunkan pelan ujian kebolehpenggunaan, tujuan utama ialah dokumentasi supaya semua yang berkepentingan dalam projek seperti pihak pengurusan atau pekerja pekerja yang terlibat mengetahui proses. 1. Skop ujian 2. Tujuan 3. Jadual dan Lokasi 4. Sesi - Jumlah Hari yang diperlukan 5. Peralatan yang siperlukan 6. Jumlah Peserta - Mendapatkan peserta ujian sebelum ujian dilansungkan 7. Senario - contohnya berapa minit untuk 10 senario tugasan bagi desktop atau mobile 8. Sukatan yang digunakan - Soalan soalan yang perlu ditanya- sila baca disini 9. Sukatan Kuantitatif - kadar masa tugasan, kadar tugasan berjaya siap, kadar kesalahan 10. Saiz Pasukan  - senarai staff yang terlibat dan tugasan Faktor yang memberi kesan kepada kos 1. Jenis Ujian 2. Saiz pasukan yang ditugaskan untuk menjalankan ujian 3. Jumlah Peserta 4. Jumlah Hari yang diperlukan Kos dan Budget 1, Masa - Persedian ujian, masa ujian, analisis data, tulis laporan,, bentang laporan 2. Kos Mendapatka...

Faedah Ujian kebolehpenggunaan - Usability Testing

Imej
Ujian kebolehpenggunaan atau usability testing adalah untuk pereka laman web@web designer dan pengaturcara@web developer mengesan sebarang masalah sebelum proses terakhir seperti rekabentuk sebenar dan coding diteruskan. Ini akan menjimatkan masa pembangunan sesuatu produk atau laman web. Feadah - faedah Ujian Kebolehpenggunaan @Usability Test 1. Mengetahui jika peserta dapat menyelesaikan tugasan tertentu 2. Mengetahui berapa lama masa diambil untuk peserta menyelesaikan tugasan tertentu 3. Mengetahui sama ada peserta berpuas hati dengan produk atau website 4. Mengetahui baik pulih yang diperlukan untuk menambah baik prestasi dan tahap kepuasan 5. Analisis prestasi untuk lihat sama ada ianya dapat memenuhi objektif kebolehpenggunaan. Apakah proses yang terlibat dari awal hingga akhir? https://nota-ux.blogspot.com/2021/09/proses-ujian-kebolehpenggunaan.html

Soalan yang perlu ditanya ketika ujian kebolehpenggunaan - usability testing

Imej
Didalam bidang penyelidikan UX ujian pengguna terdapat 3 kategori soalan kepada peserta/pengguna ujian kebolehpenggunaan yang kita jalankan. 1. Soalan saringan peserta ujian 2. Soalan semasa ujian kebolehpenggunaan 3. Soalan selepas ujian lebolehpenggunaan 1. Soalan Saringan Peserta Ujian Soalan ini penting untuk membina database persona, se-eloknya adalah target audience @ sasaran pengguna untuk produk website kita. Contoh persona: https://99designs.com/blog/business/how-to-create-user-personas/ Soalan ini boleh dihantar awal sebelum usability testing untuk peserta. 2 set soalan, satu data peribadi dan yang kedua ialah tingkahlaku yang berkaitan boleh ditambah untuk lebih mendapat maklumat peserta ujian dengan lebih mendalam lagi. ------ Contoh Soalan Peribadi ----- 1. Umur 2. Tahap pendidikan 3. Tahap gaji -------Contoh Soalan Tingkahlaku ---- 1. Berapa lama waktu online? 2. Jenis peranti yang digunakankan dan yang paling kerap digunakan? 3. Pernah jumpa produk seperti yang akan diuj...

Beberapa cara mendapatkan peserta ujian kebolehpenggunaan - user testing for usability testing

Didalam bidang UX atau 'User Experience' terdapat satu cabang User Research-penyelidikan pengguna dimana kita menggunakan pengguna yang sebenar untuk menilai keberkesanan kebolehpenggunaan sesuatu fungsi laman web yang sedang kita bangunkan Pengguna/peserta ujian kebolehpenggunaan atau usability testing boleh didapati dengan 3 cara. 1) Peserta yang ada dipejabat kita sendiri. 2) Peserta dari golongan sasar yang diberi insentif seperti bayaran untuk menyertai ujian 3) Peserta ujian dari syarikat penyelidikan UX - berbayar 4) Menggunakan perkhidmatan online untuk ujian pengguna 5) Menerjah pengguna di lapangan secara gerilla @ guerrilla testing. Menerjah pengguna dilapangan tidak sesuai untuk usability test yang kadangkala memakan masa yang panjang untuk mengetahui keberkesanan sesuatu fungsi laman web. Sesuai untuk ujian A/B@ A/B testing, dimana kita boleh tunjuk print sesuatu elemen dan pilih antara satu. Peserta ujian yang diambil dari rakan sekerja pejabat sendiri tidak per...