UX Condong atau Lean UX suatu pengenalan
Apakah lean UX? lean UX atau UX Condong adalah suatu bentuk proses pengurusan pembangunan projek UX. Ia adalah proses yang sesuai untuk sebuah agensi pembangunan website atau applikasi bila terdapat banyak projek jadi proses yang memakan masa akan dibuang ke tepi seperti ujian kebolehpenggunaan produk. Tetapi jangan terus buang ujian kebolehpenggunaan, proses sebegini sesuai untuk syarikat besar yang mempunyai pasukan membuat laman sendiri seperti Celcom atau DIGI
UX Condong mementingkan pendapat dan kerjasama semua ahli pasukan, tiada pendapat yang betul betul berjaya tetapi semua pendapat dikumpul, dibuat teori hipotesis dan kemudian diuji. Proses memahami masalah dengan mendalam dan memerah idea adalah proses yang berulang dalam UX Condong.
Contoh dalam Bina > Belajar > Ukur ialah seorang penjual mee hanya memasak dari rumah dengan resipi istimewa tanpa restoran dan peralatan(bina). Apabila dia mula menjual dengan banyak (ukur) dan mendapati resipi berjaya (belajar) dia mula menambah resipi dan mengulangi proses Bina > Belajar > Ukur atapun setelah banyak produk dia mengembangkan perniagaannya dengan menyewa kedai dan membina restorannya. Jadi dia tidak terus membina restoran dengan jenama dan peralatan dan mengupah pekerja. Dia bina produk, dia jual untuk test market dan seterusnya membuat keputusan adakah dia meneruskan atau mencipta produk baru. Jadi dengan ini dia melalui proses yang mengelakkan kegagalan dan kerugian wang yang lebih besar.
Contoh untuk mudah faham
Masak lauk (Bina)--> Sedap ke tak(Ukur) --> Tak Sedap tambah garam(Belajar)
Contoh untuk peringkat awal pembangunan applikasi
Model Perniagaan Applikasi (Bina) --> Tanya pendapat pengguna applikasi(Ukur) --> Menggunakan Maklumbalas menambah baik model perniagaan (Belajar)
Apakah Produk akhir UX Condong?
Produk untuk diuji yang dipanggil Produk Berdaya Maju yang Minimum atau singkatannya (PBMM) atau dalam bahasa Inggeris MVP (Minimum Viable Product). Produk ini adalah dalam bentuk yang prototaip yang paling ringkas atau lo-fidelity prototype tanpa gambar sebenar dan sebagainya.
Adakah proses berulang UX condong yang lain daripada diatas?
Ianya sama sahaja, didalamnya mesti terdapat proses Bina > Belaajr >Ukur.
Contoh:
Hasil /Andaian/Hipotesis> Rekabentuk > PBMM@MVP> Kajian dan Belajar> ulang proses dari mula
Apabila kita mengetahui UX Condong adalah proses yang pantas sentiasa berulang maka ujian yang memakan masa berminggu minggu, pengurusan dan laporan yang tebal diabaikan. Jadi apakah jenis ujian yang boleh kita lakukan dalam proses lean UX? Sila baca disini
Ulasan
Catat Ulasan