Soalan yang perlu ditanya ketika ujian kebolehpenggunaan - usability testing
Didalam bidang penyelidikan UX ujian pengguna terdapat 3 kategori soalan kepada peserta/pengguna ujian kebolehpenggunaan yang kita jalankan.
1. Soalan saringan peserta ujian
2. Soalan semasa ujian kebolehpenggunaan
3. Soalan selepas ujian lebolehpenggunaan
1. Soalan Saringan Peserta Ujian
Soalan ini penting untuk membina database persona, se-eloknya adalah target audience @ sasaran pengguna untuk produk website kita. Contoh persona:
https://99designs.com/blog/business/how-to-create-user-personas/
Soalan ini boleh dihantar awal sebelum usability testing untuk peserta.
2 set soalan, satu data peribadi dan yang kedua ialah tingkahlaku yang berkaitan boleh ditambah untuk lebih mendapat maklumat peserta ujian dengan lebih mendalam lagi.
------ Contoh Soalan Peribadi -----
1. Umur
2. Tahap pendidikan
3. Tahap gaji
-------Contoh Soalan Tingkahlaku ----
1. Berapa lama waktu online?
2. Jenis peranti yang digunakankan dan yang paling kerap digunakan?
3. Pernah jumpa produk seperti yang akan diuji ini?
Contoh lain soalan saringan jika kita ingin mendapatkan peserta ujian yang menepati sasaran golongan
https://nota-ux.blogspot.com/2021/09/menyaring-peserta-ujian-untuk.html
2. Soalan Semasa Ujian Kebolehpenggunaan - usability test
Ada dua jenis kategori soalan kepada peserta/pengguna ketika ujian dilaksanakan iaitu
1. Kualitatif (lansung) - Contohnya: Kenapa? Bila? Apa yang berlaku?
2. Kuantitatif (tak lansung) - Contohnya: Berapa lama masa yang digunakan untuk membeli sesuatu produk?
Secara ringkasnya soalan semasa ujian kebolehpenggunaan terpenting untuk kita mengesan titik lemah isu atau tempat yang bermasalah. Secara ringkasnya soalan terbahagi kepada 5 soalan :
1) Mudah belajar - Adakah ianya mudah untuk digunakan - cepat belajar dan membiasakan diri?
2) Efisien – Adakah tugasan yang diberikan mudah untuk diselesaikan?
3) Senang diingat – Adakah reka muka bentuk mudah diingati?
4) Kepuasan – Adakah reka muka bentuk @ interface memberi pengalaman yang memuaskan?
5) Kesilapan fungsi – Bagaimana kesilapan penggunaan diatasi?
Soalan 1-4 diatas kita boleh buat dalam bentuk rating dari 1 hingga 7. Ini yang dikatakan Satu Soalan Mudah atau Single Ease Question (SEQ), kita juga boleh adakan satu ruang komen jika susah kenapa?
Kita juga boleh menyoal set soalan diatas untuk beberapa senario reka muka bentuk @ interface kesuluruhan ataupun elemen yang lebih kecil seperti menu dan sebagainya.
3. Soalan Selepas Ujian Kebolehpenggunaan
1. Bagaimanakah semua tugasan ini> Susah atau senang?
2. Bagaimanakah pengalaman keseluruhan produk ini? Baik atau teruk?
Jika teruk kenapa?
3. Kalau anda mahu ubah sesuatu mengenai produk ini yang anda rasakan kekurangan? Apakah dia dan kenapa?
4. Apa yang anda harap dapat lihat sesuatu yang lain pada produk kami pada masa hadapan?
Ulasan
Catat Ulasan