Menyaring peserta ujian untuk mendapatkan sasaran pengguna



Bila ada keperluan untuk mendapatkan sasaran pengguna website atau produk kita, kita perlukan peserta ujian yang menepati kriteria sasaran pengguna. Peserta yang menepati sasaran pengguna sangat penting untuk mendapatkan hasil ujian yang tepat. Contoh kriteria bergantung kepada produk yang ingin kita jual
:
1) Seorang yang banyak menghabiskan masa di internet - kita tidak mahu peserta ujian yang hanya buka internet 1 jam.
2) Seorang dewasa yang bekerja - kita tidak mahu orang yang tidak mempunyai duit
3) Seorang yang biasa shopping di internet - kita tidak mahu orang yang tiada pengalaman membeli di internet

Jadi Soalan tapisan peserta ujian kebolehpenggunaan berdasarkan kriteria diatas  adalah seperti berikut
1) Berapa Jam anda melayari internet dalam sehari

   a) 2 - 5jam{teruskan soalan seterusnya}
   b) kurang dari 1 jam{terima kasih dan tamatkan sesi}

2. Adakah anda mempunyai pekerjaan?
   a) Ya  {teruskan soalan seterusnya}
   b) Tidak {terima kasih dan tamatkan sesi}

3) Adakah anda biasa membeli barang online?
  a) Ya {teruskan soalan seterusnya}
  b) Tidak {terima kasih dan tamatkan sesi}

Soalan saringan juga boleh digunakan untuk menepikan pesaing atau golongan diluar sasaran kita, contohnya kita tidak mahu golongan kaya menjadi peserta, kita adakan soalan julat gaji setahun. Untuk menamatkan sesi jenis golongan ini kita cakap kepadanya kita sudah cukup peserta bagi julat gaji tersebut.

Atau pesaing produk kita adalah produk telekomunikasi contohnya prepaid, kita adakan soalan, adakah anda bekerja dalam syarikat tekomunikasi?

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemikiran Rekabentuk - 5 peringkat

Pengurusan Projek Agile, Waterfall

UX Condong atau Lean UX suatu pengenalan