Ujian penyelidikan pengguna dalam proses lean UX

Proses pengurusan UX Condong atau lean UX menumpukan kepada perubahan yang sentiasa berlaku bermula pada peringkat awal pembangunan produk UX. Ujian untuk mendapatkan maklumbalas pengguna ini perlu dilakukan cepat dan selalu supaya perubahan dapat dilakukan diperingkat awal walaupun produk dalam keadaan belum siap.

Apakah jenis Ujian yang boleh dilakukan dengan cepat dan kerap?

Ujian Gerilla - Keluar dari bangunan pejabat dan pergi mendapatkan maklumbalas. Caranya ialah kita lakukan di tempat menunggu keretapi ataupun di cafe dimana ramai orang membuang masa. Kita perlu menyediakan saguhati dalam bentuk yang murah seperti belanja minum ataupun baucer.

Ataupun jika kita mebangunkan sebuah laman web untuk satu jenama yang mempunyai lot perniagaan itu adalah lebih senang dimana kita boleh membuat ujian lapangan di premis perniagaan mereka dimana pelanggan keluar masuk dengan saguhati baucer wang.

Jika ada syarikat agensi membuat laman web dan applikasi tidak mahu memberikan saguhati, ini adalah perkara yang malang. Peserta ujian perlukan dorongan untuk menyertai kajian kita dan masa mereka berharga walaupun mereka tengah membuang masa.

Antara Faedah ujian pantas ini ialah:

1. Pengguna ujian yang kecil - cukup 5 orang
2. Ambila masa sehari
3. Lapor dapatan ujian secara ringkas dan padat keesokkannya ataupun balik dari lapangan
4. Jimat masa selanjutnya memberikan pasukan lebih masa untuk kerja yang memakan masa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pemikiran Rekabentuk - 5 peringkat

Pengurusan Projek Agile, Waterfall

UX Condong atau Lean UX suatu pengenalan