Catatan

Agile Manifesto

Keutamaan tertinggi kami adalah memuaskan pelanggan melalui penyerahan perisian berharga yang awal dan berterusan. Mengalukan perubahan, walaupun lewat dalam pembangunan. Proses Agile memanfaatkan perubahan untuk kelebihan daya saing pelanggan. Serahkan perisian yang berfungsi dengan kerap, dari beberapa minggu hingga beberapa bulan, dengan pilihan untuk jangka masa yang lebih pendek. Ahli perniagaan dan dev mesti bekerjasama setiap hari sepanjang projek ini. Membina projek di sekitar individu yang bermotivasi. Beri mereka persekitaran dan sokongan yang mereka perlukan, dan percayai mereka untuk menyelesaikan tugas. Kaedah yang paling cekap dan berkesan untuk menyampaikan maklumat ke dalam pasukan pembangunan adalah perbincangan bersemuka. Perisian yang berfungsi adalah ukuran utama kemajuan. Proses Agile mempromosikan pembangunan lestari. Para penaja, devs, dan pengguna harus dapat mengekalkan rentak berterusan selama-lamanya. Perhatian berterusan terhadap kecemerlangan teknikal dan r...

Perbezaan antara UI dan UX

Imej
UI adalah singkatan User Interface Jadi UI adalah bagaimana pengguna berinteraksi dengan suatu perisian atau applikasi. Fokusnya adalah rupa dan rasa - look and feel. Matlamatnya ialah boleh diguna, menarik dan optimasi UX adalah singkatan bagi User Experience Jadi UX adalah bagaimana pengguna rasa pengalaman menggunakan sesuatu produk atau applikasi Fokusnya adalah pengalaman perjalanan pengguna menggunakan keseluruhan produk Matlamatnya ialah cekap dan senang digunakan UX adalah batu asas sesuatu aplikasi manakala UI ialah mencantikkan

Pengurusan Projek Agile, Waterfall

Imej
Kita mulakan dengan Waterfall project management atau Pengurusan Projek Gaya Air Terjun. Waterfall model adalah klasik, model pengurusan projek yang pertama sebelum adanya Agile. Peringkat requirement adalah peringkat dokumentasi yang lengkap dan tebal untuk keseluruhan projek. Keperluan ---> Reka ---> Pelaksanaan ----> Pengesahan ---> Penyelengaraan Bila Waterfall dipraktikkan oleh UX dia akan meliputi proses berikut. 1. Penyelidikan mengenai masalah 2. Kategorikan masalah 3. Buat persona dan journey map 4. Keluarkan idea 5. Bina dan uji prototaip 6. Hantar prototaip ke dev 7. Produk dilancarkan 8. Ulang ke no 1 bila ada maklumbalas pengguna Manakala Agile adalah satu proses pengurusan projek yang pantas dimana terdapat kitaran yang dipanggil sprint dimana sesuatu fungsi, idea baru atau masalah diselesaikan dan dilancarkan secara beransur ansur bukan sekaligus. Maka dokumentasinya kemudian atau kurang. Proses yang pantas ini lebih sesuai dipadankan dengan Lean UX - atau UX...

Unsur unsur Reka AntaraMuka Pengguna - User Interface Elements

Imej
Sebuah rekabentuk antaramuka pengguna mengandungi pelbagai jenis unsur yang diatur mengikut keperluan tertentu, Unsur unusr tersebut di bahagikan kepada kategori kategori seperti yang berikut Warna, Teks dan Jenis Teks Pilihan warna didalam UI biasanya berkait dengan identiti syarikat dan logo. Kawalan Input kotak semak, butang radio, senarai jatuhturun@dropdown, kotak senarai, butang, suis tukar@toggle, medan teks, medan tarikh Komponen Navigasi Senarai tajuk muka surat, senarai nombor muka surat@pagination, medan carian, gelangsar@slider, tanda nama, ikon Komponen Maklumat SenaraiPantas@tooltips adalah menjadi petunjuk / info sesuatu unsur, ikon, pembaris kemajuan@progress bar, pemberitahuan@notifikasi, kotak mesej dan tetingkap modal@pop up modal window Bekas Kandungan @ Container a. Bekas Kandungan @ Container adalah ruang yang boleh menyimpan segala jenis kandungan. b. Tajuk yang menunjukkan isi kandungan Sesuatu bekas boleh mempunyai tajuk tetapi ia adalah pilihan c. Keterangan ...

Pemikiran Rekabentuk - 5 peringkat

Imej
  Pemikiran rekabentuk atau design thinking mempunyai 5 peringkat proses. 1. Memahami masalah pengguna 2. Takrif masalah dengan ayat  - Masalah: Kita ingin meningkatkan sale 15% dikalangan warga emas. Ayatnya, kita perlu menggalakkan warga emas memakai produk ini. 3. Memerah Idea - bagaimana kita hendak menarik warga emas memakai produk ini? 4. Bina Prototaip 5. Uji Prototaip Dari Proses Uji Prototaip, kita dapat mentakrifkan semula masalah ataupun mendapat idea yang baru. Peringkat Prototaip pula boleh pergi semula ke peringkat idea jika ada idea yang baru. Terdapat pelbagai aktiviti dalam setiap fasa kita boleh buat, contohnya boleh kita lihat pada Google Design Sprint methodology. https://designsprintkit.withgoogle.com/methodology/overview

Ujian penyelidikan pengguna dalam proses lean UX

Proses pengurusan UX Condong atau lean UX menumpukan kepada perubahan yang sentiasa berlaku bermula pada peringkat awal pembangunan produk UX. Ujian untuk mendapatkan maklumbalas pengguna ini perlu dilakukan cepat dan selalu supaya perubahan dapat dilakukan diperingkat awal walaupun produk dalam keadaan belum siap. Apakah jenis Ujian yang boleh dilakukan dengan cepat dan kerap? Ujian Gerilla - Keluar dari bangunan pejabat dan pergi mendapatkan maklumbalas. Caranya ialah kita lakukan di tempat menunggu keretapi ataupun di cafe dimana ramai orang membuang masa. Kita perlu menyediakan saguhati dalam bentuk yang murah seperti belanja minum ataupun baucer. Ataupun jika kita mebangunkan sebuah laman web untuk satu jenama yang mempunyai lot perniagaan itu adalah lebih senang dimana kita boleh membuat ujian lapangan di premis perniagaan mereka dimana pelanggan keluar masuk dengan saguhati baucer wang. Jika ada syarikat agensi membuat laman web dan applikasi tidak mahu memberikan saguhati, ini ...

UX Condong atau Lean UX suatu pengenalan

Imej
Apakah lean UX? lean UX atau UX Condong adalah suatu bentuk proses pengurusan pembangunan projek UX. Ia adalah proses yang sesuai untuk sebuah agensi pembangunan website atau applikasi bila terdapat banyak projek jadi proses yang memakan masa akan dibuang ke tepi seperti ujian kebolehpenggunaan produk. Tetapi jangan terus buang ujian kebolehpenggunaan, proses sebegini sesuai untuk syarikat besar yang mempunyai pasukan membuat laman sendiri seperti Celcom atau DIGI UX Condong mementingkan pendapat dan kerjasama semua ahli pasukan, tiada pendapat yang betul betul berjaya tetapi semua pendapat dikumpul, dibuat teori hipotesis dan kemudian diuji. Proses memahami masalah dengan mendalam dan memerah idea adalah proses yang berulang dalam UX Condong. Apakah 3 Proses utama didalam UX Condong? Contoh dalam Bina >  Belajar > Ukur ialah seorang penjual mee hanya memasak dari rumah dengan resipi istimewa tanpa restoran dan peralatan(bina). Apabila dia mula menjual dengan banyak (ukur) da...